Thursday, December 30, 2010

Dalca

Al kisah saya bila first time buat dalca. Buat dalca semata-mata sebab nak cecah ngan roti canai utk sarapan. Dua tiga hari dah plan, call mak tanya camna cara dia buat, biasa tengok tapi takut salah. Ada banyak jugak blog yang saya rujuk untuk bandingkan resipi dan cara membuatnya. Last-last saya ikut style resipi En Nizam. Gamba step by step pun ada, confident sikit.

Adalah jugak part yang saya alter, saya guna rempah kari dan rempah tumis 5 sekawan. Sayur-sayuran saya guna apa yang ada je kat rumah, saya nak letak kacang panjang tapi tak da, jadi saya boh kacang buncis. Mula-mula skali rendam kacang dal dalam setengah jam, lepas tu rebus, kemudian masukkan kentang. Sementara tu dah boleh mula menumis rempah ratus, bawang-bawang dan serbuk kari. Bila kentang dan nampak nak empuk, masukkan terung dengan lobak merah. Apabila bahan-bahan tumis dah naik minyak, masukkan ke dalam periuk sayur-sayuran yang direbus tadi.Tuang 1/2 cawan santan dan letak 1-2 keping asam keping. Akhir skali baru letakkan kacang buncis ngan tomato tu, untuk elakkan ianya terlampau layu dan menjadi hancur.

Wednesday, December 29, 2010

Donut oh donut




















Nak buat donut ni saya gunakan resipi buat roti. Bezanya dalam resipi ni kita gantikan air tu dengan susu segar supaya tekstur dia lagi gebu. Yang lain tu saya ikut je step by step dan last skali cetak bentuk donut. Lepas mengembang setengah jam, bolehlah goreng. Kalau buat banyak boleh frozenkan, susun selapis-selapis, lapik dengan plastik. Bila nak goreng biarkan pada suhu bilik seketika. Salut dengan gula castor atau bleh makan ngan jem, kaya atau chocolate sauce. err yums....

Bingka labu


Bahan-bahan
500g labu (rebus & lecekkan)
4biji telur
200g tepung
400ml santan
120g gula perang
1 sudu kecil garam
1/2 sudu serbuk kayu manis
1/4 sudu serbuk buah pala

Cara penyediaan:
1. Lecek labu yang telah di rebus (saya guna garfu supaya tekstur tidak terlalu halus)
2. Campurkan semua bahan ke dalam pengkisar (kecuali labu dan santan)
3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit santan ke dalam pengkisar supaya adunan tidak bergentel.
4. Apabila sudah sebati, masukkan adunan tadi pada labu yang telah dilecek, gaul biar ia sekata.
5. Tuang adunan pada dulang pembakar yang telah di sapu dengan margerin/ diletak kertas minyak.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 45 minit
7. Biar bingka yang telah masak sejuk seketika, baru kita potong, kalau panas-panas bingka masih lembik dan melekat-lekat.

Bab-bab buat kuih ni saya tak pandai sangat, saya kena ikut resipi betul-betul. Kalau masak lauk masak lauk pauk tu boleh lagi agak-agak,main campak. Cambiasa nak bagitau, bingka labu ni favret suami saya, tu yang buat tu.heee.. Laju je kalau dia makan. Alhammdulillah jadi kali ni,molek je.Gula tu memang saya kurangkan sebab tak nak manis sangat. Resipi asal saya rujuk kat blog
MG. Terima kasih diucapkan.

Friday, December 24, 2010

Kari kepala ikan

Sukala bli ikan kat pasar banding pasaraya, lagi fresh!. Ni saya masak kari kepala ikan tongkol. Sekali sekala masak kari ikan rasa berselera la plak makan. Saya belaja masak kari ngan mak. Tapi dia tak ajar pun, saya tolong-tolong kat dapur, lama-lama saya tau la masak. Dulu mak selalu masak kari ikan tenggiri. Saya rasa kari dia sedap sangat, kalah kedai mamak(amboi, mulut cakap tak cover).

Jemput-jemput kacang soya

Menjadi kebiasaan lepas kawen ni, kalau nak minum air soya, saya buat sendiri tanpa bahan tambahan sampingan. Sihat pun sihat.Jimat pun jimat. Cuma kena luangkanlah sikit masa nak buatnya la. Banyak khasiat soya ni, baik untuk ibu-ibu mengandung macam saya.

Biasanya lebihan hampas soya yang diperah airnya, saya guna untuk buat jemput-jemput, meatball, chicken ball. Bole juga disimpan dalam peti ais tahan sampai 1-2 hari, kadang saya gunakan untuk scrub seluruh badan hari-hari. Buat scrub muka, tapi kat muka jangan pulak sental kuat sangat, scrub 2-3 kali seminggu. Hasilnya kulit lembut dan lembap sepanjang hari. Aiseh lari topik plak, sebenarnya nak kongsi resipi jemput-jemput ni je.




Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
2 gengam daun kucai (setelah dipotong 1/2 inci)
1/2 cawan ikan bilis (kisar kering)
1/2 bawang besar- potong dadu
2 tangkai cii padi dicingcang halus
1 cawan kacang soya fiber (saya guna lebihan hampas/serat selepas perahan utk air soya)
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan
1. Campur semua bahan-bahan di atas. Akhir sekali masukkan air. Sukatan air bergantung, boleh tambah dan kurangkan
2. Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas
3. Goreng sehingga kekuningan

Tuesday, December 21, 2010

Ayam masak lemak cili padi

Hari tu g kenduri, drive dari Penang ke Shah Alam, sampai seksyen 7 dah tengahari. Perut pun dah mintak makan. Singgah kat restoran belakang Jakel Sek. 7. Lupala plak kedai nama apa tah, sebab da lapo. Kat sini ada promosi set makan tengahari lauk ayam masak cili padi, sayur campur, telur masin. Saya pun try la. Husband order nasi ayam,biasa je. Boleh tahan sedap la jugak ayam masak lemak tu, hubby pun kata sedap, sampai ngendeng lauk kita, siap kata kurang pedas, sedap. Selalu dia yang tak kuat pedas. Jadi saya pun cuba la masak, sebab dah ada org tu sukakan. Kat kedai tu boh daun kunyit, tapi saya tak boh. Kalau masak lemak telur masin baru saya boh daun kunyit. Resipi style saya,simple je.


Bahan-bahan
bahan dikisar halus & ditumis:
5 biji cili api siam (terpulang nak pedas letak lebih)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai

letak sedikit:
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula perang (gula biasa pun bole)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit


bila dah layu dan naik bau, masukkan:
2 cawan air
1 biji kentang (potong panjang)
3-4 asam keping
1 batang serai diketuk

apabila kentang hampir empuk, masukkan:
1/4 bahagian ayam (2 org makan)
1/2 cawan santan pekat

biar seketika sehingga mendidih dah sebati kuah ngan ayam tu. Lepas tu bolehla makan

Monday, December 20, 2010

Bread pudding


Bread pudding specially for hubby

Bahan-bahan
8 keping roti, potong kiub
½ cawan kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
4 sudu besar gula perang
1 sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam
1½ cawan susu
½ air bancuhan 1 sudu tepung jagung
1 sudu besar marjerin dicairkan

Cara penyediaan
1. Panaskan oven pada suhu 180’C.
2. Dalam loyang pembakar masukkan kiub roti dan kismis, ratakan
3. Pukul telur , masukkan gula perang, garam, susu, bancuhan tepung jagung, esen vanilla dan serbuk kayu manis.
4. Kemudian, tuang campuran telur tadi ke dalam loyang yang sudah di letakkan kiub roti tadi.
5. Tabur sedikit lagi serbuk kayu manis dan margerin cair di permukaan atas pudding.
6. Bakar selama 30 minit.

Meatloaf with veggie


Meatloaf ni mak saya yang buat. Lepas tu dia soh saya rasa. Saya amek gamba je sebelum makan. Tak dan tengok plak masa mak buat, aleh-aleh da siap je. Satu serving ni dah cukup kenyang la sebab ada sayur-sayur ngan kentang. Sos dia tu ada rasa kari sikit. Apa-apa pun saya makan boh cili sos sikit. Memang resipi dia ikut macam tu, katanya. Dah blend ngan tekak melayu kita plak. Takde plak saya mintak resipi. Nantila bila-bila saya try buat plak, ni saya ada jumpa resipi, jom try sama-sama.

Tuesday, December 14, 2010

Kerang masak goreng jawa


Bagi saya ini lah makanan pembuka selera, makan ngan nasi panas. Lawannya nangka masak lemak. Resipi ni saya improvise dari resipi asal iaitu sambal rogho (sambal goreng jawa). Bunyi pelik sikit tapi mungkin ada yang penah dengar. Kalau orang jawa mesti tau punyalah. Sambal ni memang banyak gunakan cili hijau dan bawang besar hiris.

Bahan-bahan
1 ulas bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
10-15 tangkai cili hijau (mesti cili hijau, tp saya tambah cili merah sebab tak cuk*)
1/2 inci belacan larutkan dalam 3 sudu air
1/5 cawan air asam
1/5 cawan santan pekat
sedikit garam
semangkuk kerang yang telah direbus-dalam 2 gengam
(resipi asal mengunakan samada ikan bilis goreng/kupang/babat(perut lembu))

Saya ubah sedikit dengan menambah sedikit sayur-sayuran:
kacang panjang
cendawan butang


Cara penyediaan

1. Tumis bawang besar dan bawang putih, setelah naik bau
2. Masukkan cili hijau dan goreng hingga layu (kalau nak pedas selitkan la sikit cili padi) 3. Kemudian masukkan air belacan, diikuti dengan air asam dan sedikit garam 4. Masukkan pula sayur kacang panjang. cendawan dan kerang (jangan goreng terlalu lama) 5. Akhir sekali masukkan santan.

Monday, December 13, 2010

Nasi goreng sayur-sayuran


Bahan-bahan dan cara penyediaan

3 ulas bawang merah

2 ulas bawan putih
1 sudu besar udang kering

5 tangkai cili padi
(ditumbuk dan ditumis)

1. Masukkan sedikit minyak bijan dan sedikit garam

2. Masukkan semangkuk hidang nasi putih (goreng rata pada api besar)

3. Buat ruang di tengah kuali dan pecah sebiji/dua telur.

4. Tambahkan 2 sudu besar fish sos,

5. Kemudian masukkan sayur-sayuran
(saya gunakan)
Kailan, sayur sawi, salad dan tomato

Hidangkan bersama sambal belacan siam berulam timun, makan panas-panas.

Friday, December 10, 2010

Kuih keria

Saya suka kuih keria, baik kuih cek mek molek ke, atau cucur badak. Apa-apa yang berasaskan keledek(sweet potato) suka sangat. Tapi yang peliknya kalau keledek goreng celup tepung tu saya kureng sikit. Malam tadi pegi pasaraya Krico kat Bukit Minyak, ada jual keledek. Nampak cantik je, belilah sikit, boleh buat kuih keria untuk sarapan esok, (dalam hati kata, rasanya aku tau la buat kuih keria ni). Biasalah juga, tolang mak buat dulu-dulu. Terima kasihlah nak ucapkan kat Mat Gebu sebab saya telah guna resepi dia. Menjadi la, suke.suke










Bahan-Bahannya
600 g keledek (kupas & rebus)
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum (tambah lagi jika perlu)
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

*saya tak letak gula sebab keledek tu dah lemak manis.
*saya tak letak air sebaliknya tambah tepung sebab adunan keledek tu masih melekat-lekat.









Cara membuat:

1. Lenyek keledek yang telah empuk direbus
2. Gaul keledek dengan semua bahan-bahan lain sehingga menjadi doh
3. Bentukkan doh menjadi bentuk donut.
4. Goreng dalam minyak (api sederhana panas, supaya kuih masak sepenuhnya).
5. Sira gula pada kuih keria yang telah digoreng.
(saya gunakan lebihan gula ising yang sedia ada)

Thursday, December 9, 2010

Oat bread

Hari-hari fikir nak buat breakfast apa pagi-pagi. Buat roti je la, malam dah kena uli, kalau esok tak sempat. Saya buat basic roti, dan campurkan sedikit oat dalam adunan. Pagi-pagi buat burger dan bubuh coleslaw. Kalau ada cheese lagi menyelerakan. Ok la ni, kenyang pun.

Rumah saya ni, sarapan yang paling kerap skali ialah roti. Nak buat supaya tak jemu, kenalah pikir macamana cara nak mempelbagaikannya. Sejak berumahtangga, makin giat saya belaja buat roti, nasib mak mertua turunkan ilmu, sekarang ni kira dah pas la kot. Biasa menu sarapan pagi di selang seli dengan roti canai, jemput-jemput dan kuih-muih. Kuih saya tak pandai buat lagi. Sikit-sikit je la kena ikut resepi. Lain macam dulu-dulu, masa single. Bila sarap je nak nasi goreng cili padi, mihun/mee goreng, nasi lemak bla..bla..Roti memang ada tapi bli kat kedai. Kadang tu ada la buat jugak goreng-goreng ni, tapi husband makan sikit je, dia kata too heavy amik nasi/mee waktu pagi.


Lebihan roti oat ni, esoknya saya buat garlic bread cecah dengan homemade mushroom sup. Satu talam ni hubby sorang bleh habiskan, punya la favorite dia, tapi kami makan berdua la, he he. Pagi tadinya breakfast saya buat kuih keria. Saya buh next entry k..

Tuesday, December 7, 2010

Nasi Beriani


Last Saturday attend my cousin's wedding. Biasalah kalau kenduri kahwin nasi beriani menjadi pilihan ataupun nasi minyak. Nasi tu sedap sangat, apalagi bila dah kena sekali ngan lauk pauk yang ada. Satu meja makan bertambah-tambah. Menu lauk yang disajikan, ayam masak merah berlada, udang goreng rempah, acar buah, lauk beriani kambing dan dalca sayur.

Majlis sesi kedua belah petang, makanan disajikan secara buffet. Al maklum la kira tuan rumah, kami makan sampai 4 kali, ya Allah buruknya perangai, dah tu rasa nak makan semua kueh, ada kuih koci, cheese tart, tapai, kuih lopes, bingka labu, kueh talam keladi, seri muka tah ape lagi, tak sempat nak rasa semua sebab perut dah penuh. Sayang, tak dan nak amik gambar sebab sebuk tolong apa yang patut, lepas tu sebuk menikmati makanan.

Maklumat tambahan:
Katering oleh Pak Adam Abdullah
Lokasi majlis, Putrajaya

Monday, December 6, 2010

Chicken grill with mashed potato










Gara-gara tengok masterchef (theme: romance with passion fruit) minggu dulu, hubby kata buatlah suprise masak untuk dia. Tapi takde la suprise mane pun, kterang plan sama-sama decide nak buat ayam panggang dengan kentang lenyek (semestinya favorite hubby neh). Sejak semalam dah perap ayam dengan halia, bawang putih, lada hitam, sedikit gula perang & garam. Hari ni tinggal bakar je, selang seketika saya sapu sedikit bancuhan sos tiram & air, sampai ayam masak.




Sayur tambahan sebagai penyeri, saya celur lobak merah, brokoli dan kacang boncis, gaul bersama lebihan jus ayam yang dipanggang . Seperti biasa untuk buat mashed potato, rebus dan lenyekkan kentang, kemudian saya masukkan sedikit mushroom sup yang saya telah sediakan, tambah sedikit lada hitam. Alternatif lain jika tiada mushroom sup, boleh letak sedikit garam, butter, lada hitam, dried parsley dan susu cair. Gaul rata kemudian bakar sehingga permukaan atas agak kekuningan. Menu tambahan, mushroom sup makan bersama mashed potato. Sedapnya bau ayam! jom makan la apa lagi