Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Ketam Black Pepper


Bahan yang diperlukan
4 ekor ketam
Tumbuk 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, setangkai cili hidup dan sebatang serai
1 sk lada hitam, dikisar
2 sb sos tiram
2 sb Kicap masin dan kicap manis
1/4 cawan minyak untuk menumis
1 sb tepung jagung
Sedikir air
Daun ketumbar
Sedikit garam dan gula

Cara Penyediaan
1. Tumis bahan yang telah di tumbuk
2. Masukkan lada hitam. Kalau nak hangat letak lebih.
3. Masukkan sos tiram & kicap
4. Masukkan ketam, sedikit air. Gaulkan dan tutup kuali sebentar
5. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung, gaul sehingga kuah pekat.
6. Rasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu. Akhir sekali taburkan daun ketumbar. *Tidak perlu masak terlalu lama.

Tuesday, December 13, 2011

Mee Udang Pak Ngah Sg. Dua

Mee Rebus





One of the best char kuey teow I had ever taste so far. Mee udang dia pun sangat famous ok. Kalau berkesempatan singgah la ke sini. Lokasi terletak di Kampung Telok, Sungai Dua, Penang (GPS: N05 26.791; E100 25.329)

Antara menu yang dihidangkan ada Mee Rebus (RM4), satay (RM0.40), Mee Udang(RM7), Mee Ketam, Char Kuey Teow(RM4), Kuey Teow Kerang(RM4), Laksa Penang(RM2.50). Dekat Tesco Prai bahagian food court, ada satu cawangan Mee Udang Pak Ngah ni. Dekat sikit nak pegi tapi tak ada satay la.


Mee Udang
Char Kuey Teow

Friday, October 28, 2011

Mee Ketam Kuala Juru

ketam sambal



Mee udang Sg Dua, mee udang Kuala Juru, mee udang Teluk Kumbar, sana sini orang dok kata pasal mee udang, kami je ya baru nak cuba.  Hujung minggu yang lepas saya ke Kuala Juru bersama keluarga. Kami order mee ketam, ketam masak sambal, udang goreng kunyit dengan kailan ikan masin. Lamanya tak makan ketam, fresh pulak tu. Sampai tengahari, memang tengah lapar, tu yang rasa semua sedap. Tapi ada gak yang kata sebaliknya. Alah tekak masing-masingkan. Apapun alhamdulillah kenyang. Boleh tahan ramai pelanggan, siap ada rombongan kementerian yang datang. Antara menu lain, ada kerang bakar, ikan(siakap, pari, kembung) bakar, satay. Menu goreng-goreng yang lain turut disediakan. 





mee ketam
Lokasi Warung Pak Su Mee Udang ni, beralamat di 385, MK12, Bagan Nyir Juru, SPT, 14000 Bukit Mertajam, Penang, Malaysia. Buka setiap hari dari pukul 12tgh-10.30pm, kecuali hari Khamis. Untuk tempahan awal boleh telefon 012-409 0771, 012-493 5771

Tuesday, December 14, 2010

Kerang masak goreng jawa


Bagi saya ini lah makanan pembuka selera, makan ngan nasi panas. Lawannya nangka masak lemak. Resipi ni saya improvise dari resipi asal iaitu sambal rogho (sambal goreng jawa). Bunyi pelik sikit tapi mungkin ada yang penah dengar. Kalau orang jawa mesti tau punyalah. Sambal ni memang banyak gunakan cili hijau dan bawang besar hiris.

Bahan-bahan
1 ulas bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
10-15 tangkai cili hijau (mesti cili hijau, tp saya tambah cili merah sebab tak cuk*)
1/2 inci belacan larutkan dalam 3 sudu air
1/5 cawan air asam
1/5 cawan santan pekat
sedikit garam
semangkuk kerang yang telah direbus-dalam 2 gengam
(resipi asal mengunakan samada ikan bilis goreng/kupang/babat(perut lembu))

Saya ubah sedikit dengan menambah sedikit sayur-sayuran:
kacang panjang
cendawan butang


Cara penyediaan

1. Tumis bawang besar dan bawang putih, setelah naik bau
2. Masukkan cili hijau dan goreng hingga layu (kalau nak pedas selitkan la sikit cili padi) 3. Kemudian masukkan air belacan, diikuti dengan air asam dan sedikit garam 4. Masukkan pula sayur kacang panjang. cendawan dan kerang (jangan goreng terlalu lama) 5. Akhir sekali masukkan santan.

Monday, May 17, 2010

Crab...my forever favourite



Bahan-bahan
4 ekor ketam bunga

* bahan yang ditumbuk
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia
5 tangkai cili merah

1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu cili boh
2 tangkai serai
1 sudu besar limau nipis
1 tangkai daun ketumbar dihiris

*garam & gula secukup rasa

Cara memasak

Tumis bahan yang di tumbuk sehingga layu dan masukkan cili boh,tumis sehingga naik minyak.
Letakkan minyak bijan, sedikit gula dan garam secukup rasa.
Masukkan ketam dan serai kemudian gaul rata. Tudung kuali dan biarkan sekejap.
Apabila ketam bertukar warna merah, masukkan jus limau nipis dan tabur daun ketumbar

Ketam sedia untuk dihidang ;P