Showing posts with label vegetables. Show all posts
Showing posts with label vegetables. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Terung Goreng


Salam ramadhan. Lamanya tak meluangkan masa update blog ni. Tah apa yang sibuk sangat.Apa-apa pun ni nak share resipi terung goreng, simple sangat tapi sedap la makan dengan ikan goreng

Bahan yang diperlukan
3 batang terung dihiris setebal 1cm
*digaul dengan garam

4 ulas cili merah
3 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang kecil
1/4 cawan udang kering
*tumbuk kesemua bahan di atas
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Panaskan satu 1/2 cawan minyak.
2. Goreng terung yang telah digaul dengan garam kemudian asingkan.
3. Kurangkan sedikit minyak jika perlu untuk menumis bahan-bahan yang telah ditumbuk.
4. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
5. Akhir sekali masukkan terung dan gaul sebentar hingga rata.

Sunday, May 29, 2011

Kerabu Pegaga


Bahan-bahan
1 ikat pegaga - dipotong halus
2-3 ulas bawang besar - dihiris halus
1/2 cawan kerisik - kelapa goreng yang ditumbuk kasar (tidak keluar minyak)
1/3 cawan ikan bilis - digoreng dan dihancurkan
2 tangkai cili / cili padi - dicincang halus
Garam & gula secukup rasa

Cara Penyediaan
Gaul rata semua bahan diatas, sedia untuk dihidang

Kerabu pegaga ni versi paling ringkas, memandangkan saya pantang lagisesikit walaupun dah habis 44hari. Kalau nak pedas bolehlah lebihkan cili padi, saya guna cili merah je. Selain ikan bilis, nak guna udang kering pun boleh. Pegaga ni banyak khasiatnya, sesuai bagi ibu-ibu yang lepas bersalin.

Antara khasiat daun pegaga
-mengembalikan kesihatan diri
-menambahkan kekuatan fizikal dan mental
-meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak
-mengurangkan tekanan darah tinggi
-mencegah nyanyuk
-melambatkan proses penuaan
-merehatkan dan menambahkan ingatan
-menguatkan salur darah dan kapilari
-merawat kejang kaki, bengkak kaki dan kebas.

Wednesday, March 2, 2011

Wonton

For the wonton
Ingredients
1 packet of wonton wrappers

Filling
4 pieces of chicken fillets
Spring onion - chopped

Seasonings for filling
1 egg
1 tsp salt
Dash of pepper
1 tsp of oyster sauce


Method

1. Mince the chicken fillets. Mix the minced chicken with the seasonings for filling
2. Add the spring onion
3. Wrap the wontons, as you wish or see step by step (source: kattebelletje flickr)



For the soup
Ingredients
Chicken bone stock
Chopped garlic - stir till golden
Carrot
Broccoli
Baby kailan/cabbage
Spring onion

Seasoning
Salt & pepper
Dash of sesame seed oil


Method
1. Prepare a pot, add 1 1/2 liters of water to a boil together with the chicken bones, simmer for 30-45 minutes, add garlic
2. Add carrot
3. Add the wontons
4. Next put broccoli, then baby kailan/ cabbage
add more water if necessary
5. Put the seasoning, sprinkle the spring onion and serve
** For fried wonton, deep fry the remaining wonton with slow fire until golden.


Tuesday, February 22, 2011

Masak Lemak Cili Api Telur Masin

Rasa dah lama betul tak buat masak lemak cili api telur masin ni. Tu yang buat ni. Teringat dulu masa zaman u ikutkawan balik rumah dia kat Bahau, mak dia masak. Makan dengan ikan kembung goreng, sambal belacan. Erggh..makan tambah 2 kali, rasa nak tambah lagi tapi malu,,hehe..Sedap sangat!!

Bahan-bahan
4 biji telur masin
10 biji cili api - tumbuk
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
10 biji belimbing buluh - belah 2 memanjang
1 sk serbuk kunyit
3/4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
garam, gula perang


Cara penyediaan
1. Masukkan air dan cili padi ke dalam periuk. Jerang sehingga mendidih.
2. Diikuti dengan serbuk kunyit, serai dan belimbing. Kacau rata dan jerang sehingga mendidih.
3. Apabila kuah sedang mendidih, pecahkan telur masin satu persatu ke dalam kuah. Jangan dikacau dan masak sehingga telur mengeras.
4. Masukkan santan dan daun kunyit. Kacau selalu untuk elak pecah santan.
5. Masukkan sedikit garam jika perlu sebab telur tu dah masin dan gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih sekali lagi dan tutup api.

Wednesday, February 9, 2011

Rebung masak lemak cili api


Sayur rebung masak cili padi lawannya dengan lauk ikan masin, ulam sambal belacan pastu mesti ada ikan goreng garing-garing, humm.. Memang lauk favorite la semua ni. Nak sediakannya pun senang, cepat makan pun selera je. Kalau masak lemak ni mak saya pesan tak yah pakai bawang langsung.

Bahan-bahan
1/4 ekor ayam dipotong kecil
300g rebung yang telah di rebus terlebih dahulu
2 cawan air
3 batang serai diketuk
2 keping asam keping
1/2 paket serbuk santan dibancuh dengan 1/2 cawan air (terpulang kalau nak pekat)

tumbuk
5-10 tangkai cili padi
sedikit ikan bilis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara memasak
1. Masukkan bahan yang telah ditumbuk, serai dan air ke dalam periuk. Didihkan dan masuk rebung yang telah direbus terlebih dahulu.
2. Setelah mendidih bolehlah masukkan ayam, serta asam keping. Didihkan sehingga ayam hampir masak.
3. Setelah itu, masukkan santan. Kacau rata untuk elak pecah minyak.
4. Lepas mendidih, rasa masin cukup ke tak. Kalau dah ok bolehlah hidang.

Friday, February 4, 2011

Homemade Yee Sang


I wanted to eat something light and healthy, so I decided to prepare yee sang (鱼生) so called fish salad. My MIL taught me how to prepare the dish, the ingredients are so simple and easy to do. Like to share this recipe with everyone especially those non-Chinese reader who love Chinese foods. There are a lot of version in preparing this dish and mine was very simple as it is not meant for the makan besar. I improvise a little bit where I replaced the salmon with shrimp instead. It was so coincident that i had just made this yee sang few days back before this Chinese New Year, so here are some of the picture I had took. Let's give it a try.

Recipe for homemade yee sang

1 radish, shredded (i use grater)
1 cucumber, shredded
2 carrots, shredded
2-3 red chillies, shredded

Prepare the garnishing

white sesame seed – toasted
also can add peanuts - mine out of stock
prawn cracker - mine out of stock

Raw ingredients (optional, can put jellyfish, smoked salmon)
shrimp, cleaned and seasoned with salt and pepper, lightly pan-fried.


The sauce
plum sauce
honey
1/4 cups of lemon juice
a pinch of salt
a dash of sesame oil

Method

1. Arrange the shredded ingredients on a big, round serving platter.
2. To serve, pour the sauce over the yee sang.
3. Arrange the shrimp on top.
4. Add a sprinkling of sesame seeds and roasted peanuts.

Thursday, December 30, 2010

Dalca

Al kisah saya bila first time buat dalca. Buat dalca semata-mata sebab nak cecah ngan roti canai utk sarapan. Dua tiga hari dah plan, call mak tanya camna cara dia buat, biasa tengok tapi takut salah. Ada banyak jugak blog yang saya rujuk untuk bandingkan resipi dan cara membuatnya. Last-last saya ikut style resipi En Nizam. Gamba step by step pun ada, confident sikit.

Adalah jugak part yang saya alter, saya guna rempah kari dan rempah tumis 5 sekawan. Sayur-sayuran saya guna apa yang ada je kat rumah, saya nak letak kacang panjang tapi tak da, jadi saya boh kacang buncis. Mula-mula skali rendam kacang dal dalam setengah jam, lepas tu rebus, kemudian masukkan kentang. Sementara tu dah boleh mula menumis rempah ratus, bawang-bawang dan serbuk kari. Bila kentang dan nampak nak empuk, masukkan terung dengan lobak merah. Apabila bahan-bahan tumis dah naik minyak, masukkan ke dalam periuk sayur-sayuran yang direbus tadi.Tuang 1/2 cawan santan dan letak 1-2 keping asam keping. Akhir skali baru letakkan kacang buncis ngan tomato tu, untuk elakkan ianya terlampau layu dan menjadi hancur.

Tuesday, December 14, 2010

Kerang masak goreng jawa


Bagi saya ini lah makanan pembuka selera, makan ngan nasi panas. Lawannya nangka masak lemak. Resipi ni saya improvise dari resipi asal iaitu sambal rogho (sambal goreng jawa). Bunyi pelik sikit tapi mungkin ada yang penah dengar. Kalau orang jawa mesti tau punyalah. Sambal ni memang banyak gunakan cili hijau dan bawang besar hiris.

Bahan-bahan
1 ulas bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
10-15 tangkai cili hijau (mesti cili hijau, tp saya tambah cili merah sebab tak cuk*)
1/2 inci belacan larutkan dalam 3 sudu air
1/5 cawan air asam
1/5 cawan santan pekat
sedikit garam
semangkuk kerang yang telah direbus-dalam 2 gengam
(resipi asal mengunakan samada ikan bilis goreng/kupang/babat(perut lembu))

Saya ubah sedikit dengan menambah sedikit sayur-sayuran:
kacang panjang
cendawan butang


Cara penyediaan

1. Tumis bawang besar dan bawang putih, setelah naik bau
2. Masukkan cili hijau dan goreng hingga layu (kalau nak pedas selitkan la sikit cili padi) 3. Kemudian masukkan air belacan, diikuti dengan air asam dan sedikit garam 4. Masukkan pula sayur kacang panjang. cendawan dan kerang (jangan goreng terlalu lama) 5. Akhir sekali masukkan santan.

Tuesday, March 23, 2010

A basket turn into a plate


my mam xperimen nak buat yam basket, tapi lepas goreng jadi macam pinggan la plak,,hehe ada la yg terkurang /terlebih bahan tu. yg penting le makan gak :P . bole la sedap, bole buat lagi kalau ada keladi murah

Cara Penyediaan
1. Sediakan sayur campur mengikut citarasa
2. Rebus keladi, tus dan lenyekkan
3. Campur sedikit tepung pada keladi sehingga ia mudah di bentuk
4. Bentuk adunan sehingga menjadi bentuk bakul, sedia untuk di goreng.
5. Susun atu sayur campur ke dalam bakul keladi goreng
6. Sedia untuk dihidang.