Saya suka kuih keria, baik kuih cek mek molek ke, atau cucur badak. Apa-apa yang berasaskan keledek(sweet potato) suka sangat. Tapi yang peliknya kalau keledek goreng celup tepung tu saya kureng sikit. Malam tadi pegi pasaraya Krico kat Bukit Minyak, ada jual keledek. Nampak cantik je, belilah sikit, boleh buat kuih keria untuk sarapan esok, (dalam hati kata, rasanya aku tau la buat kuih keria ni). Biasalah juga, tolang mak buat dulu-dulu. Terima kasihlah nak ucapkan kat Mat Gebu sebab saya telah guna resepi dia. Menjadi la, suke.suke
Bahan-Bahannya
600 g keledek (kupas & rebus)
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum (tambah lagi jika perlu)
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air
*saya tak letak gula sebab keledek tu dah lemak manis.
*saya tak letak air sebaliknya tambah tepung sebab adunan keledek tu masih melekat-lekat.
Cara membuat:
1. Lenyek keledek yang telah empuk direbus
2. Gaul keledek dengan semua bahan-bahan lain sehingga menjadi doh
3. Bentukkan doh menjadi bentuk donut.
4. Goreng dalam minyak (api sederhana panas, supaya kuih masak sepenuhnya).
5. Sira gula pada kuih keria yang telah digoreng.
(saya gunakan lebihan gula ising yang sedia ada)
inilah kueh favorite saya...
ReplyDeletekalau pergi param mesti cari kueh ni...
dah ada resipi ni bolehlah try sendiri nnt..
:)
aritu bli keledek rm2, buat sendiri dapat 18biji. kalau beli 3biji=rm1,manyak tu..try buat sendiri la pasni ;)
ReplyDelete