Friday, June 15, 2012

Ketam Black Pepper


Bahan yang diperlukan
4 ekor ketam
Tumbuk 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, setangkai cili hidup dan sebatang serai
1 sk lada hitam, dikisar
2 sb sos tiram
2 sb Kicap masin dan kicap manis
1/4 cawan minyak untuk menumis
1 sb tepung jagung
Sedikir air
Daun ketumbar
Sedikit garam dan gula

Cara Penyediaan
1. Tumis bahan yang telah di tumbuk
2. Masukkan lada hitam. Kalau nak hangat letak lebih.
3. Masukkan sos tiram & kicap
4. Masukkan ketam, sedikit air. Gaulkan dan tutup kuali sebentar
5. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung, gaul sehingga kuah pekat.
6. Rasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu. Akhir sekali taburkan daun ketumbar. *Tidak perlu masak terlalu lama.

Tuesday, May 22, 2012

Essential Baking by Anna Scobie


Hadiah untuk Hari Ibu..Best la buku ni, sebelum bungkus nak pos kat mama sempat belek-belek. Berbaloi-baloi beli, harga pun berpatutan. Hari ni kalau sempat nak cuba buat cream puff dalam buku ni, harap-harap menjadi la..Bab-bab baking ni kalau saya buat selalu je tak menjadi..sob..sob. Harap tips dalam buku ni membantu..

Friday, May 11, 2012

Light Oat Bread


Breakfast is the most important meal of the day. Never skip your breakfast as it keeps you energized throughout your day. This morning, we had a couple slices of oat bread, spreaded with butter, strawberry and coconut jam.

For the dough
1/4 warm water
1 tsp active dry yeast
2 tbsp brown sugar
3 cups flour
1 tsp salt
1/2 cups oats
1/4 cups raisins
1 tbsp margarine
1 egg
1/2 cups water (add accordingly)

Method
1. Dissolve yeast, sugar into 1/4 warm water and proof for 3 minutes
2. Mix all the dried ingredients, add in the dissolved yeast mixture, together with the egg and margarine, then knead.
3. Let rise in oiled bowl until doubled in size, about an hour
4. Punch down and form into loaves and let rise about 30 minutes in the loaf pans
5. Bake for 20 minutes at 200c.


Monday, April 23, 2012

Singapore Mee Siam









Nasi, nasi, nasi aje..muak le. Sejak dua menjak ni kami kurang makan nasi, jadi kena la pikir menu apa nak masak..Pasta dah, ayam panggang dah, layan roti canai kari kambing untuk makan malam pun dah. Jadi untuk menu malam tadi tekak rasa nak makan masam-masam, tengok bahan semua ada, jadi saya masak mee siam singapore! Slurppp....nak tambah semangkuk lagi.. Suka sangat mee siam ni, masa tu pegi rumah kawan my mum. Aunty tu hidang mee siam, balik rumah sebuk dok google resepi..sekarang dah pandai masak da huhu.. Masa pegi Singapore tak pulak berkesempatan nak cuba rasa sebenar mee siam ni, balik2 makan indonasia crusine, masyuk layan nasi padang. InsyaAllah lainkalilah cuba kalau ada rezeki ke sana.......Alamak gambar mee sini ni kuahnya tak timbul..

Sunday, April 15, 2012

Tuesday, April 3, 2012

Claypot Yee Mee

Bahan yang diperlukan
perap:
ayam, potong kecil
bawang putih, chopped
halia
kicap masin
kicap manis
oyster sos
five spice powder
lada hitam
minyak bijan

yee mee
cendawan shitake
sayur sawi
telur
1 sudu makan tepung jagung, bancuh dengan 1/4 cawan air
cili kering, potong kecil
air secukupnya
garam




Cara penyediaan
1. Goreng cili kering dengan sedikit minyak bijan
2. Masukkan ayam yang telah diperap (dan masukkan air), reneh sehingga lembut. Lebih kan sedikit kuah.
3. Masukkan cendawan dan  garam secukupnya
4. Apabila ayam telah lembut, masukkan bancuhan tepung jagung, gaul sehingga kuah sedikit likat
5. Kemudian baru masukkan yee mee, (gaul rata bersama kuah) diikuti sayur sawi dan telur. Tutup claypot seketika sehingga telur masak
6. Sedia untuk dihidang...Jom, jom makan

Friday, March 2, 2012

Petua Di Dapur

Tomato
i) Untuk meranumkan tomato yg masih hijau,
masukkan tomato dan pisang ke dlm plastic ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum.
ii) Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi ranggup. Rendam tomato yg ‘over-ripe’ di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.

Jagung
Ketika merebus jagung, jgn campurkan airnya dengan garam. Ia akan membuat isi jagung itu keras. Campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak.

Telur
i) Hindarkan cicak dari dapur atau bahagian lain di
rumah anda. Bersihkan kulit telur and letakkan di
tempat tempat yg anda inginkan. Bau dari kulit telur
itu dpt menghindar cicak dari berkunjung.
ii) Gunakan telur yg sederhana atau sederhana besar ketika membuat kek. Jangan gunakan telur yg terlalu besar kerana ia akan membuat kek anda “tenggelam” setelah sejuk.
iii) Telur lama/baru – Masukkan telur di dalam periuk berisi air sejuk bercampur garam. Jika ia tenggelam, telur itu masih segar/baru. Jika timbul, buang saja telur itu.

Kentang
i) Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk.ii) Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk.
ii) Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fried anda akan menjadi lebih ranggup.

Bebola Ikan
Gunakan kunyit dan sedikit air dan kertas putih jika anda ingin tahu samaada bebola ikan yg anda beli di
pasar ada Asid Boric. Cecahkan kertas putih ke dlm
campuran air kunyit dari dan biarkan kering. Letakkan bebola ikan ke atas kertas yg ada cecahkan itu dan biarkan selama 1 minit. Jika anda lihat ada tanya merah jambu atau merah kecoklatan pada tempat anda meletakkan bebola ikan itu, maka asid boric terkandung di dlm bebola ikan.

Brokoli
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli di dlm mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli anda akan menjadi hijau dan bolehlah dimasak.

Beras
i) Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak.
ii) Untuk menjauhi serangga dari beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampet beras.

Baking Soda
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menhapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda.

Limau
Limau nipis / kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau di panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat.

Pengisar (Blender)
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar.

Bawang Putih
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave over selama beberapa saat.

Tepung / Ulian
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan di dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan.

Biskut
Alaskan di bahagian bawah tin biskut dengan kertas minyak (blotting paper) sebelum menyimpan biskut untuk mengelakkan biskut dari cepat lemau.

Sumber: hikmatun
Sumber gambar: iStockPhoto