Friday, March 2, 2012

Petua Di Dapur

Tomato
i) Untuk meranumkan tomato yg masih hijau,
masukkan tomato dan pisang ke dlm plastic ziploc dan biarkan selama 2 hari. Tomato anda akan ranum.
ii) Tomato yg terlalu ranum dan sedikit lembik boleh menjadi ranggup. Rendam tomato yg ‘over-ripe’ di dalam air sejuk dicampurkan sedikit garam. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.

Jagung
Ketika merebus jagung, jgn campurkan airnya dengan garam. Ia akan membuat isi jagung itu keras. Campurkan sedikit gula dan jagung anda akan menjadi lebih enak.

Telur
i) Hindarkan cicak dari dapur atau bahagian lain di
rumah anda. Bersihkan kulit telur and letakkan di
tempat tempat yg anda inginkan. Bau dari kulit telur
itu dpt menghindar cicak dari berkunjung.
ii) Gunakan telur yg sederhana atau sederhana besar ketika membuat kek. Jangan gunakan telur yg terlalu besar kerana ia akan membuat kek anda “tenggelam” setelah sejuk.
iii) Telur lama/baru – Masukkan telur di dalam periuk berisi air sejuk bercampur garam. Jika ia tenggelam, telur itu masih segar/baru. Jika timbul, buang saja telur itu.

Kentang
i) Sebelum membakar kentang, rendam di dalam air garam selama 15 minit. Kentang akan lebih cepat empuk.ii) Jangan simpan kentang bersama bawang. Ia akan cepat busuk.
ii) Jika ingin mengoreng kentang, rendam kentang yg dipotong di dalam air sejuk selama 1/2 jam. French Fried anda akan menjadi lebih ranggup.

Bebola Ikan
Gunakan kunyit dan sedikit air dan kertas putih jika anda ingin tahu samaada bebola ikan yg anda beli di
pasar ada Asid Boric. Cecahkan kertas putih ke dlm
campuran air kunyit dari dan biarkan kering. Letakkan bebola ikan ke atas kertas yg ada cecahkan itu dan biarkan selama 1 minit. Jika anda lihat ada tanya merah jambu atau merah kecoklatan pada tempat anda meletakkan bebola ikan itu, maka asid boric terkandung di dlm bebola ikan.

Brokoli
Brokoli yg sudah kuning setelah disimpan berhari hari masih boleh digunakan. Masukkan brokoli di dlm mangkuk berisi air sejuk. Pastikan brokoli di dalam air yg penuh. Biarkan selama 1 jam. Brokoli anda akan menjadi hijau dan bolehlah dimasak.

Beras
i) Untuk memutihkan nasi, campurkan 2-3 titis jus lemon sebelum memasak.
ii) Untuk menjauhi serangga dari beras, letakkan beberapa helai daun pudina di dalam kampet beras.

Baking Soda
Bersihkan peti sejuk anda dengan baking soda. Masukkan sedikit ke dalam air. Ia akan menhapuskan bau yg tidak enak dari dalam peti sejuk anda.

Limau
Limau nipis / kasturi akan mudah diperah jika dimasukkan ke dalam air panas selama 5-10 minit atau di panaskan di dalam microwave oven selama beberapa saat.

Pengisar (Blender)
Untuk menajamkan pisau mengisar, kisar garam kasar.

Bawang Putih
Untuk mengupas bawang putih dengan mudah, panaskan di dalam microwave over selama beberapa saat.

Tepung / Ulian
Jika adunan tepung melekat pada tempat ulian anda, simpan adunan di dalam freezer untuk beberapa minit kemudian bolehlah digunakan.

Biskut
Alaskan di bahagian bawah tin biskut dengan kertas minyak (blotting paper) sebelum menyimpan biskut untuk mengelakkan biskut dari cepat lemau.

Sumber: hikmatun
Sumber gambar: iStockPhoto

3 comments:

  1. These are good tips.. Very important in the kitchen...

    ReplyDelete
  2. hmm...di masak apa ya enaknya ? hehe....

    ReplyDelete
  3. yup, very useful tips. masak yang simple2 aja cukup..hehe layann

    ReplyDelete