Friday, December 10, 2010

Kuih keria

Saya suka kuih keria, baik kuih cek mek molek ke, atau cucur badak. Apa-apa yang berasaskan keledek(sweet potato) suka sangat. Tapi yang peliknya kalau keledek goreng celup tepung tu saya kureng sikit. Malam tadi pegi pasaraya Krico kat Bukit Minyak, ada jual keledek. Nampak cantik je, belilah sikit, boleh buat kuih keria untuk sarapan esok, (dalam hati kata, rasanya aku tau la buat kuih keria ni). Biasalah juga, tolang mak buat dulu-dulu. Terima kasihlah nak ucapkan kat Mat Gebu sebab saya telah guna resepi dia. Menjadi la, suke.suke










Bahan-Bahannya
600 g keledek (kupas & rebus)
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum (tambah lagi jika perlu)
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

*saya tak letak gula sebab keledek tu dah lemak manis.
*saya tak letak air sebaliknya tambah tepung sebab adunan keledek tu masih melekat-lekat.









Cara membuat:

1. Lenyek keledek yang telah empuk direbus
2. Gaul keledek dengan semua bahan-bahan lain sehingga menjadi doh
3. Bentukkan doh menjadi bentuk donut.
4. Goreng dalam minyak (api sederhana panas, supaya kuih masak sepenuhnya).
5. Sira gula pada kuih keria yang telah digoreng.
(saya gunakan lebihan gula ising yang sedia ada)

Thursday, December 9, 2010

Oat bread

Hari-hari fikir nak buat breakfast apa pagi-pagi. Buat roti je la, malam dah kena uli, kalau esok tak sempat. Saya buat basic roti, dan campurkan sedikit oat dalam adunan. Pagi-pagi buat burger dan bubuh coleslaw. Kalau ada cheese lagi menyelerakan. Ok la ni, kenyang pun.

Rumah saya ni, sarapan yang paling kerap skali ialah roti. Nak buat supaya tak jemu, kenalah pikir macamana cara nak mempelbagaikannya. Sejak berumahtangga, makin giat saya belaja buat roti, nasib mak mertua turunkan ilmu, sekarang ni kira dah pas la kot. Biasa menu sarapan pagi di selang seli dengan roti canai, jemput-jemput dan kuih-muih. Kuih saya tak pandai buat lagi. Sikit-sikit je la kena ikut resepi. Lain macam dulu-dulu, masa single. Bila sarap je nak nasi goreng cili padi, mihun/mee goreng, nasi lemak bla..bla..Roti memang ada tapi bli kat kedai. Kadang tu ada la buat jugak goreng-goreng ni, tapi husband makan sikit je, dia kata too heavy amik nasi/mee waktu pagi.


Lebihan roti oat ni, esoknya saya buat garlic bread cecah dengan homemade mushroom sup. Satu talam ni hubby sorang bleh habiskan, punya la favorite dia, tapi kami makan berdua la, he he. Pagi tadinya breakfast saya buat kuih keria. Saya buh next entry k..

Tuesday, December 7, 2010

Nasi Beriani


Last Saturday attend my cousin's wedding. Biasalah kalau kenduri kahwin nasi beriani menjadi pilihan ataupun nasi minyak. Nasi tu sedap sangat, apalagi bila dah kena sekali ngan lauk pauk yang ada. Satu meja makan bertambah-tambah. Menu lauk yang disajikan, ayam masak merah berlada, udang goreng rempah, acar buah, lauk beriani kambing dan dalca sayur.

Majlis sesi kedua belah petang, makanan disajikan secara buffet. Al maklum la kira tuan rumah, kami makan sampai 4 kali, ya Allah buruknya perangai, dah tu rasa nak makan semua kueh, ada kuih koci, cheese tart, tapai, kuih lopes, bingka labu, kueh talam keladi, seri muka tah ape lagi, tak sempat nak rasa semua sebab perut dah penuh. Sayang, tak dan nak amik gambar sebab sebuk tolong apa yang patut, lepas tu sebuk menikmati makanan.

Maklumat tambahan:
Katering oleh Pak Adam Abdullah
Lokasi majlis, Putrajaya

Monday, December 6, 2010

Chicken grill with mashed potato










Gara-gara tengok masterchef (theme: romance with passion fruit) minggu dulu, hubby kata buatlah suprise masak untuk dia. Tapi takde la suprise mane pun, kterang plan sama-sama decide nak buat ayam panggang dengan kentang lenyek (semestinya favorite hubby neh). Sejak semalam dah perap ayam dengan halia, bawang putih, lada hitam, sedikit gula perang & garam. Hari ni tinggal bakar je, selang seketika saya sapu sedikit bancuhan sos tiram & air, sampai ayam masak.




Sayur tambahan sebagai penyeri, saya celur lobak merah, brokoli dan kacang boncis, gaul bersama lebihan jus ayam yang dipanggang . Seperti biasa untuk buat mashed potato, rebus dan lenyekkan kentang, kemudian saya masukkan sedikit mushroom sup yang saya telah sediakan, tambah sedikit lada hitam. Alternatif lain jika tiada mushroom sup, boleh letak sedikit garam, butter, lada hitam, dried parsley dan susu cair. Gaul rata kemudian bakar sehingga permukaan atas agak kekuningan. Menu tambahan, mushroom sup makan bersama mashed potato. Sedapnya bau ayam! jom makan la apa lagi

Tuesday, November 30, 2010

Pau Kaya - (roti kukus)


Resepi membuat pau yang ringkas.

Bahan-bahan
1/3 instant yis mauripan, paket 11g
3/4 sudu besa gula
*larutkan dalam 1/2 cawan air suam, biarkan kembang selama 2-3 minit,
kemudian masukkan ke dalam:

campuran:
2 cawan tepung
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar susu susu tepung

tambah:
1/2 cawan air/secukupnya
uli sehingga membentuk doh, kemudian letakkan
1 sudu minyak jagung/makan

Langkah-langkah
1. Biarkan doh naik selama 1jam. Kemudian uli sekali lagi.
2. Masukkan inti mengikut citarasa (kaya/kacang merah/daging/ayam) dan bentukkan menjadi doh bulat
sebesar tapak tangan.
3. Lapik pau dengan daun pisang atau kertas minyak.
4. Biarkan sekali lagi doh naik selama 45minit.
5. Pau sedia untuk dikukus selama 15minit pada suhu tinggi .

Petua mendapat pau yang cantik.
1. Panaskan sedia periuk kukus.
2. Jarakkan sedikit susunan antara pau, untuk pengudaraan yang baik semasa mengukus
3. Jangan kecil/besarkan api gas selama 15minit pau dimasak.
4. Jangan buka tudung periuk sehingga pau masak.
5. Hati-hati semasa membuka tutup periuk, supaya air tidak menitis di atas pau.
6. Sebaik-baiknya setelah matikan api gas, tunggu selama 5minit baru buka periuk kukus.
7. Adalah lebih baik jika tudung periuk dibalut dengan kain. (tapi saya kukus macam biasa je tak pakai kain)

selamat mencuba!




Monday, November 29, 2010

Simple seafood pasta

Semalam ada date makan tengahari dengan bestfriend, kawan datang jalan-jalan ke Penang. Memandangkan derang stay kat area Tanjung Bungah, kami pun decide nak jumpa kat area Gurney je la. Derang check out terus tengahari tu, jadi sementara menunggu saya dan hubby window shopping saja, tak da apa yang nak dibeli. Lepas derang sampai terus kami cari tempat makan, masing-masing dah lapar kot. Kira agak lewat jugalah kami lunch hari tu..Lepas makan semua kekenyangan..Selesai shopping apa yang patut; kasut/baju/bag (padahal kat KL ada je,tapi depa kata feel tak sama beli kat Penang) kami gerak ke Padang Kota Lama.








Masa untuk beli jeruk bawak balik. Macam-macam jenis jeruk, yang paling famous kat Penang ni kata orang buah pala,baik yang jeruk atau pun yang kering. Bila dah ke sini, singgahlah pulak makan pasembor/kerang bakar/coconut shake/cendol/laicikang. Saya first time makan kat sini, tak tau pulak macam tu meriah derang mai amek order, sebab gabra main order je la tak tau kedai mana. Lepas tu hampa! tak sed! Maaf ye mengata pulak. Teringin nak pekena laksa penang, tapi da kenyang sangat la. Selain menu-menu di atas, kat sini ada jual sotong bakar, sotong kangkong, kerang rebus dan lain-lain.














Kami berjalan menyusuri tebing laut, amek angin kejap sambil-sambil tangkap gambar. Ramai jugak orang kat sini, masing-masing keluar meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak hujung minggu. Meriahnya, sapa nak naik beca pun ada, kebiasaannya pelancong asinglah yang ambil peluang merasa naik beca ni. Orang kita dah tak heran la kot.


Kesudahannya, balik tu ingat tak yah la dinner sebab da makan macam-macam sangat tadi, aleh-aleh hubby kata dia lapar. Mesti sebab tak sedap makan tepi laut tadi. Kelam-kabut la nak masak semua beku lagi. Amek senang, bawak keluar udang, buat pasta jela, masak ekspres...

Rebus pasta (fusilli), gaul dengan butter,garam dan sedikit pasli, goreng udang dengan bawang putih, air rebusan kulit udang saya guna untuk buat bechamel sauce. Ringkas dan senang,sedia untuk dihidang, ngap.ngap...

Friday, November 19, 2010

Ayam Penyet (AP) @ Jusco SP


pergghh.. ayam penyet kat sini, mantap, boleh tahan sedap la jugak. Setiap kali g Jusco banyak kali nak cuba makan sini tapi aleh-aleh tuka fikiran makan tempat lain. Petang semalam husben tetiba ajak g makan malam kat situ, ok je, tak yah la nak masak..;) Dah lama tak pekena sejak dok Penang ni. Dulu masa dok kat Kuching sana sini orang jual ayam penyet. Lama gak belek-belek menu, maklumla baru nak try. Menu masakan ala-ala Jawa ngan masak Minang, best gak, kalau tak slalu dok tengok menu tomyam/paprik daging kunyit... So kiterang pun decide la nak order set ayam penyet, dendeng balado(daging goreng belada) ngan pucuk ubi masak lemak cili api. Cukup la dulu untuk 2 orang kang tak habis plak.

Set ayam penyet & dendeng balado ni dihidangkan sekali dengan ulam-ulaman(salad/kobis/timun) termasuk la tempe dan tahu goreng. Paling penting skali sambal, nak tau sedap ke tak sedap, kena rasa sambal ni, mesti kaw2 pedas. Pastu, special sket ayam penyet ni sebab rempah ratus yang digunakan untuk perap ayam tu. Klau cukup bahan dan cukup rasa maka sedap la ayam penyet itu. Biasa makan ayam penyet ni ulam dia tak tentu, kadang tu ada yang boh pucuk ubi/kacang panjang terpulang rasanya. Daging goreng belada tu sambal dia lain sket, kurang pedas banding sambal ayam penyet. Hmm sedap nasib order dendeng ni...


Ni pulak pucuk ubi masak lemak cili api. Pekat jugak kuahnya, pedas pun boleh tahan. Tapi macam tak kena plak dia boh bawang goreng atas tu, nak buat cantik sket kot. Tapi tak kena la ishh..


Apa2 pun puas hati la makan malam tadi. Lauk yang kami order pun cukup-cukup untuk kami berdua. Kenyang sangat, ingat nak order gado-gado, tapi tak le masuk dah la....lenkali kita pegi lagi na....