Bila nak cepat atau takde idea nak masak, paling mudah ayam masak oyster ni.
Bahan-bahan 1/2 ekor ayam potong kecil 3 biji bawang putih dicincang halus 1 inci halia dihiris panjang (halus) (bawang putih & halia boleh juga ditumbuk) 1 sudu kecil serbuk lada hitam 3 tangkai cili kering dipotong setengah inci 1/3 cawan gajus goreng 4 sudu besar oyster sos 2 sudu besar kicap manis 2 biji tomato, sedikit sayur brokoli, cendawan cina 2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air. garam secukup rasa 1/3 cawan minyak untuk menumis (campur sikit minyak bijan)
Cara penyediaan 1. Panaskan minyak, masukkan ayam, goreng hingga bertukar warna. 2. Tumis bawang putih & halia di tengah-tengah dan masukkan lada hitam, cili kering, cendawan cina dan gajus. 3. Apabila sudah naik bau, masukkan oyster sos dan kicap manis diikuti dengan sayur brokoli 4. Gaul rata seketika, bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung dan tomato. 5. Letak sedikit garam jika perlu.
Cinnamon rolls untuk breakfast. Lama da tak buat, masa mula-mula pandai buat dulu, balik-balik buat cinnamon roll ni je sampai jemu.
Bahan-bahanuntuk base roti saya gunakan resipi basic sweet dough.Bahan lain yang diperlukan serbuk kayu manis, mentega, gula perang, sedikit garam dan kismis. Selepas adunan doh mengembang, uli doh membentuk segiempat leper. Sapukan mentega dipermukaan atas doh. Kemudian taburkan rata bahan-bahan di atas. Gulung doh macam buat swiss roll tu, dan potong/bahagi kepada beberapa bahagian. Biar 30 minit sehingga kembang. Kemuadian bakar pada suhu 200°C selama 15-20 minit
Hari malas makan nasi. Goreng kuehtiaw pun orait..Cepat dan mudah, cili boh dah siap blend, kerang ada dah siap buang kulit, tinggal siang udang je, sebab nak cepat letak udang sikit jeh. Basuh-basuh taugeh dan potong daun kucai 1 inci, dah bole tumis. Saya goreng simple-simple je, mana bahan yang ada kat rumah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan: 1 bungkus kueh tiaw (rendam dalam air suam & toskan) 1/2 biji bawang besar, chop halus 3 biji bawang putih, chop halus 1/4 cawan cili boh 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar kicap cair/masin 1 sudu besar sos ikan kerang (siap rebus & kopek) 100g udang fresh segengam taugeh dan daun kucai (lagi banyak lagi best) 2 biji telur 3 sudu minyak untuk menumis garam jika perlu
Cara penyediaan: 1. Tumis bawang besar, bawang putih dan masukkan cili boh sehingga naik minyak. 2. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan masukkan udang (goreng jangan terlalu lama) 3. Kemudian masukkan kueh tiaw, gaul rata. 4. Masukkan sos ikan, daun kucai dan pecahkan telur ditengah-tengah kuali. ratakan 5. Akhir sekali masukkan kerang dan taugeh (supaya tidak terlalu kecut/benyai/layu), goreng sekata. Siap!
Cadangan hidangan : Limau kasturi, cili padi jeruk.
Terkenang pulak ngan char kueh tiaw zaman kat kampus dolu-dolu, sedapss giler! (humm usah di kenang benda yang tak de depan mata).
Siapa tak kenal roti canai, sarapan yang sangat famous kat Malaysia ni. Kalau di Singapore lebih dikenali dengan roti prata. Lawannya dengan kari dal, tak pun kari, wahhh, kena pulak ngan teh tarik,ummpp..Perghh makan tak ingat sampai berkeping-keping. Hari tu buat dalca sebab nak makan ngan roti canai ni la. Baru sempat nak upload, cuti tahun baru banyak aktiviti, online pun kejap-kejap je. Siapa yang berhajat nak cuba buat roti canai sendiri bolehlah tengok teknik membuatnya kat blog MF. Saya pun rujuk resipi asal dari sini. Tq banyak-banyak MF
Bahan-bahan yang saya gunakan: 4 cawan tepung 1 cawan air1 biji telur 1 sudu kecil garam 3 sudu besar susu pekat 1 sudu besar margerin sedikit minyak masak (supaya doh tidah melekat antara satu sama lain)
Al kisah saya bila first time buat dalca. Buat dalca semata-mata sebab nak cecah ngan roti canai utk sarapan. Dua tiga hari dah plan, call mak tanya camna cara dia buat, biasa tengok tapi takut salah. Ada banyak jugak blog yang saya rujuk untuk bandingkan resipi dan cara membuatnya. Last-last saya ikut style resipi En Nizam. Gamba step by step pun ada, confident sikit. Adalah jugak part yang saya alter, saya guna rempah kari dan rempah tumis 5 sekawan. Sayur-sayuran saya guna apa yang ada je kat rumah, saya nak letak kacang panjang tapi tak da, jadi saya boh kacang buncis. Mula-mula skali rendam kacang dal dalam setengah jam, lepas tu rebus, kemudian masukkan kentang. Sementara tu dah boleh mula menumis rempah ratus, bawang-bawang dan serbuk kari. Bila kentang dan nampak nak empuk, masukkan terung dengan lobak merah. Apabila bahan-bahan tumis dah naik minyak, masukkan ke dalam periuk sayur-sayuran yang direbus tadi.Tuang 1/2 cawan santan dan letak 1-2 keping asam keping. Akhir skali baru letakkan kacang buncis ngan tomato tu, untuk elakkan ianya terlampau layu dan menjadi hancur.
Nak buat donut ni saya gunakan resipi buat roti. Bezanya dalam resipi ni kita gantikan air tu dengan susu segar supaya tekstur dia lagi gebu. Yang lain tu saya ikut je step by step dan last skali cetak bentuk donut. Lepas mengembang setengah jam, bolehlah goreng. Kalau buat banyak boleh frozenkan, susun selapis-selapis, lapik dengan plastik. Bila nak goreng biarkan pada suhu bilik seketika. Salut dengan gula castor atau bleh makan ngan jem, kaya atau chocolate sauce. err yums....
Bahan-bahan 500g labu (rebus & lecekkan) 4biji telur 200g tepung 400ml santan 120g gula perang 1 sudu kecil garam 1/2 sudu serbuk kayu manis 1/4 sudu serbuk buah pala
Cara penyediaan: 1. Lecek labu yang telah di rebus (saya guna garfu supaya tekstur tidak terlalu halus) 2. Campurkan semua bahan ke dalam pengkisar (kecuali labu dan santan) 3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit santan ke dalam pengkisar supaya adunan tidak bergentel. 4. Apabila sudah sebati, masukkan adunan tadi pada labu yang telah dilecek, gaul biar ia sekata. 5. Tuang adunan pada dulang pembakar yang telah di sapu dengan margerin/ diletak kertas minyak. 6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 45 minit 7. Biar bingka yang telah masak sejuk seketika, baru kita potong, kalau panas-panas bingka masih lembik dan melekat-lekat.
Bab-bab buat kuih ni saya tak pandai sangat, saya kena ikut resipi betul-betul. Kalau masak lauk masak lauk pauk tu boleh lagi agak-agak,main campak. Cambiasa nak bagitau, bingka labu ni favret suami saya, tu yang buat tu.heee.. Laju je kalau dia makan. Alhammdulillah jadi kali ni,molek je.Gula tu memang saya kurangkan sebab tak nak manis sangat. Resipi asal saya rujuk kat blog MG. Terima kasih diucapkan.