Hari malas makan nasi. Goreng kuehtiaw pun orait..Cepat dan mudah, cili boh dah siap blend, kerang ada dah siap buang kulit, tinggal siang udang je, sebab nak cepat letak udang sikit jeh. Basuh-basuh taugeh dan potong daun kucai 1 inci, dah bole tumis. Saya goreng simple-simple je, mana bahan yang ada kat rumah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 bungkus kueh tiaw (rendam dalam air suam & toskan)
1/2 biji bawang besar, chop halus
3 biji bawang putih, chop halus
1/4 cawan cili boh
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair/masin
1 sudu besar sos ikan
kerang (siap rebus & kopek)
100g udang fresh
segengam taugeh dan daun kucai (lagi banyak lagi best)
2 biji telur
3 sudu minyak untuk menumis
garam jika perlu
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan masukkan cili boh sehingga naik minyak.
2. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan masukkan udang (goreng jangan terlalu lama)
3. Kemudian masukkan kueh tiaw, gaul rata.
4. Masukkan sos ikan, daun kucai dan pecahkan telur ditengah-tengah kuali. ratakan
5. Akhir sekali masukkan kerang dan taugeh (supaya tidak terlalu kecut/benyai/layu), goreng sekata. Siap!
Cadangan hidangan :
Limau kasturi, cili padi jeruk.
Terkenang pulak ngan char kueh tiaw zaman kat kampus dolu-dolu, sedapss giler! (humm usah di kenang benda yang tak de depan mata).
No comments:
Post a Comment