Sunday, July 10, 2011

Ikan Bawal Kapitan

Asyik-asyik bawal sweet & sour, tak pun bawal goreng, boring. Last2 decide nak masak bawal kapitan. Biasa dengar ayam masa kapitan, tapi hari ni saya try guna ikan bawal pulak. Orait je..jom cuba.

Bahan yang diperlukan
1 ekor bawal hitam dipotong tiga
(gaul dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan)
3/4 cawan santan
2 keping asam keping
2-3 helai daun limau purut

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan dkisar halus
sepotong lengkuas

sepotong kunyit hidup
2 batang serai
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 biji buah keras
2 tangkai cili merah
sedikit cili padi ikut citarasa masing2
Perasakan dengan garam dan gula perang.


Cara Penyediaan
1. Tumiskan bahan-bahan dikisar hingga naik minyak dan bau.
2. Masukkan asam keping diikuti dengan santan.

3. Biarkan mendidih kemudian masukkan ikan bawal goreng tadi.
4. Gaul rata, akhir sekali masukkan daun limau purut.

Wednesday, June 15, 2011

Ayam Kachang Ma




Bahan yang diperlukan

1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 inci halia dihiris panjang
1/2 cawan daun herba kachang ma
2 cawan air
1sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa


Cara penyediaan
1.Goreng halia tanpa minyak sehingga layu/ kuning.
2. Masukkan ayam dan goreng rata.
3. Kemudian baru masukkan daun kachang ma
4. Gaul rata sehingga daun layu
5. Bolehlah masukkan air, biar ia mereneh sehingga air mengering.
(terpulangla nak sup tu banyak mana, kalau nak kering masakkan lebih lama)
6. Rasakan dengan sedikit garam
7. Akhir sekali masukkan minyak bijan

Masakkan kachang ma dikenali dikalangan penduduk Sarawak terutamanya masyarakat Cina sebagai kaedah perubatan herba yang dicampur dengan ayam dan halia untuk wanita lepas bersalin. Kini masyarakat melayu di sana turut amalkan memakan kachang ma selepas bersalin kerana ia dikatakan berkesan untuk memperbaiki peredaran darah, sistem kardiovaskular dan merangsang diuresis. Menu masakan ini bukan sahaja khusus untuk mereka yang berpantang malah menjadi antara menu pilihan bersama lauk pauk yang lain. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.

Sunday, May 29, 2011

Kerabu Pegaga


Bahan-bahan
1 ikat pegaga - dipotong halus
2-3 ulas bawang besar - dihiris halus
1/2 cawan kerisik - kelapa goreng yang ditumbuk kasar (tidak keluar minyak)
1/3 cawan ikan bilis - digoreng dan dihancurkan
2 tangkai cili / cili padi - dicincang halus
Garam & gula secukup rasa

Cara Penyediaan
Gaul rata semua bahan diatas, sedia untuk dihidang

Kerabu pegaga ni versi paling ringkas, memandangkan saya pantang lagisesikit walaupun dah habis 44hari. Kalau nak pedas bolehlah lebihkan cili padi, saya guna cili merah je. Selain ikan bilis, nak guna udang kering pun boleh. Pegaga ni banyak khasiatnya, sesuai bagi ibu-ibu yang lepas bersalin.

Antara khasiat daun pegaga
-mengembalikan kesihatan diri
-menambahkan kekuatan fizikal dan mental
-meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak
-mengurangkan tekanan darah tinggi
-mencegah nyanyuk
-melambatkan proses penuaan
-merehatkan dan menambahkan ingatan
-menguatkan salur darah dan kapilari
-merawat kejang kaki, bengkak kaki dan kebas.

Friday, May 27, 2011

Domino's Pizza



Let's eat it while it's hot.
Akisahnya da dua tiga hari tu promoter domino's pizza asyik datang rumah je suruh join jadi membership. Tapi sori la dek kami kurang berminat Sebab jarang sangat g domino's, kalau ade pun orang lain yang beli kami yang tukang makan.hehe. Boleh kate efisyen sungguh marketing derang ni, bukan setakat edar risalah kat post box, promote pintu ke pintu lagi. Beberape hari lepas tu, hubby bagi surat2 skali ngan brosur domino ni. Tengok punya tengok, menarik la pulak promotion Sweet Passion Meal @RM55 for 2 regular pizzas, 1 breadStix, 1 crazy chicken crunchies, 1 chocolate lava cake, 1 onion ring.Kami order online je. Ni cerita lama la, skarang ni tgh promotion set pizza First Class Meal, sila,sila.

Tuesday, April 19, 2011

Mee Kolok


Mee kolok hidangan mee yang cukup femes kat Kuching, sarawak. Jika berkesempatan ke sini jangan lupa try mee kolok ok. Biasanya dihidangkan waktu sarapan pagi, tapi tak jugak tengahari ke malam ada je orang jual. Harga semangkuk sekarang ni sampai RM4, mak ai hai mahal betul.Yela kan harga daging pun da naik sekarang. Zaman dulu kala dapat la jugak dalam RM2.50. Nak nak skali 2 mangkuk,hai macam makan sepinggan nasi campo pulak. Mee kolok ni istimewanya, mee tu sendiri yang dihidangkan bersama daging, taugeh, sup dan sambal cili. Sup daging fresh la yang buat mee kolok ni bertambah sedap, macam mihun sup utara warna kuning tu. Kalau nak ikut tekak saya, mee kolok kedai Haji Saleh, Jalan Satok (sebelah Maybank) boleh tahanla sedap. Saya suka sebab sambal cili pedas. pastu sup dia orait. Nak sedap lagi, order teh o panas! perghh pagi-pagi dah berpeluh...

Wednesday, March 23, 2011

Siakap Mango



Ikan oh ikan!! Saya hanya makan ikan kembung/selar sekeluarga, cencaru, pari, tongkol, tenggiri, sardin, terubok, talang, bawal, parang, ikan masin,ikan bilis & fishball je. Saya tak makan ikan siakap, tapi orang rumah fevret sangat lar... Apa-apa pun kena la masak jugakkan. Meh nak share resipi ni.

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
garam
sedikit serbuk lada hitam
tepung jagung

Bahan sos
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 ulas bawang merah - cincang halus
1 inci halia - cincang panjang
3 tangkai cili padi/ 2 tangkai cili merah - cincang halus
3 sb apple cider/ 1/2 biji lemon diambil jusnya
1 sk gula perang
3/4 cawan air
sedikit garam secukup rasa
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
minyak

Bahan hiasan
1 biji mangga (hiris/sagat)
daun ketumbar
cili/cili padi (cincang halus)

Cara Penyediaan
1. Lumur ikan dengan garam, golekkan dalam campuran tepung jagung dan lada hitam. Goreng hingga masak dan rangup.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, merah dan halia hingga wangi.
3. Masukkan air dan apple cider/ perahan lemon, gula perang, garam dan cili, biar mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat.
5. Tuangkan di atas ikan yang telah di goreng tadi.
6. Hiasankan dengan mangga yang telah dihiris, daun ketumbar dan cili.

Wednesday, March 9, 2011

Bumbu Desa


Perjalanan dari Penang ke Kuala Lumpur, sampai sini dah tengahari kami terus ke IKEA, nak cari barang sket. Bila dah penat pusing-pusing perut pun dah terasa lapar, kami ke The Curve. Banyak sangat tempat makan sini, tak tau mana satu nak pegi. Dua kali pusing kami pilih nak dok makan kat Bumbu Desa. Hidangan masakan dari Jawa Barat, Indonesia.


Alhamdulillah kenyang, enaknya makanan kat sini. Macam-macam lauk ada, rambang mata nak pilih. Sambal berlada dia, perghh pedas, syok tu. Kami makan ayam goreng, ayam goreng Laos, dendeng sapi, paru goreng, gulai daun singkok (pucuk ubi) dan ulam-ulaman. Kalau berkesempatan nak pegi sini lagi.