Sunday, July 10, 2011

Ikan Bawal Kapitan

Asyik-asyik bawal sweet & sour, tak pun bawal goreng, boring. Last2 decide nak masak bawal kapitan. Biasa dengar ayam masa kapitan, tapi hari ni saya try guna ikan bawal pulak. Orait je..jom cuba.

Bahan yang diperlukan
1 ekor bawal hitam dipotong tiga
(gaul dengan serbuk kunyit dan garam, gorengkan)
3/4 cawan santan
2 keping asam keping
2-3 helai daun limau purut

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan dkisar halus
sepotong lengkuas

sepotong kunyit hidup
2 batang serai
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 biji buah keras
2 tangkai cili merah
sedikit cili padi ikut citarasa masing2
Perasakan dengan garam dan gula perang.


Cara Penyediaan
1. Tumiskan bahan-bahan dikisar hingga naik minyak dan bau.
2. Masukkan asam keping diikuti dengan santan.

3. Biarkan mendidih kemudian masukkan ikan bawal goreng tadi.
4. Gaul rata, akhir sekali masukkan daun limau purut.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Momma,
    Tkasih sudi baca kisah akak. Sedap nampak bawal kapitan ni, akak suka sgt menu cam nihhh....meratah lagila best

    ReplyDelete
  2. goreng je pun sodap, ada kuah ni memeriahkan lagi juadah tghari :D

    ReplyDelete