Thursday, February 3, 2011

Selamat Tahun Baru Cina


Gong Xi Fa Cai untuk mereka yang berbangsa Cina dan juga kepada mereka yang meraikannya.
Selamat bercuti panjang untuk yang lain tu ;)

Wednesday, February 2, 2011

Restoran Puncak Mutiara . Kg Pelet

Setiap kali ke sini, confirm ramai je pengunjung. Boleh kata famous jugak eh tempat ni, lagi satu tempat ni pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan cari Makan(JJCM) bersama Sherina D.Ridzwan. Di sini terdiri dari pelbagai jenis menu masakan dari masakan melayu, arab, western pun ada. Lebih menarik tempat ni menyediakan masakan dari pelbagai jenis daging segar yang diternak sendiri di kawasan sekitar. Lagi hebat ada menu daging arnab, rusa dan ostrich, ada beran....mau cuba! Tapi setiap kali kami datang blom berkesempatan nak try lagi.. Kalau nak rasa daging atau kambing terbaek dari ladang leh la mai cuba sini, memang fresh la. Kalau jalan sikit ke belakang cafe tu, siap boleh tengok kandang ostrich lagi..macam-macam kandanglah. Lagi satu kat sini best, boleh pilih nak makan dok atas kerusi atau makan bersila, terpulang. Macam biasa kami akan order sup ekot ni, MIL saya suka makan, hubby order ikan siakap 3 rasa (ruginya saya tak makan ikan ni), order daging kunyit lauk untuk saya, sayur kailan ikan masin sebab sayur lain hubby tak makan dan cendawan goreng tepung. Masakan semua boleh tahan.




















Terletak dekat Bukit Mertajam area Kubang Semang. Lokasinya agak terpencil, dan jalan masuk ke restoran lalu jalan kecil, restoran ni terletak di tengah-tengah kawasan kampung. Tapi bila dah sampai mesti terkejut macamana boleh hidup restoran kat dalam ni, banyak lak tu orang datang. Gambar yang ni plak masa kiterang pergi tempoh hari.


Nasi ambeng


Nasi ambeng, masakan tradisi masyarakat melayu Malaysia yang asalnya daripada Jawa. Atok saya orang jawa,Muo. Sejak dari kecil saya dah biasa makan nasi ambeng ni. Baru-baru ni ada kenduri kat kampung buat nasi ambeng, perghh..bestnya! Yang specialnya nasi ni, dihidang guna dulang. Nasi di tengah-tengah dan lauk pauk di atas nasi berlapik dengan daun pisang. Lauk pauk yang wajib tu; ada ikan masin, mee goreng, lodeh kering, serunding kelapa udang kering dan ayam masak opor. Satu dulang tu untuk empat orang makan, kat tepi-tepi dulang tu ada disediakan 4 beg plastik untuk bungkus berkat nasi yang tak habis dimakan. Biasanya makan sikit je yang lebih tu derang bawak balik. Suka gile makan nasi ni, jenuh plak bila pikir nak membuatnya. Tak de la susah mana tapi kalau makan ramai-ramai baru sedap. Kena tunggu next kenduri la nampaknya.

Tuesday, February 1, 2011

Rope Walk . Penang's flea market










Ala-ala pasar lambak, tempat ni menjual barangan terpakai, koleksi barangan antik, buah-buahan dan macam-macam lagi pada kadar harga yang berpatutan. Kat sini kena bijak tawar-menawar, sebab boleh dapat harga yang lebih murah. Lokasinya terletak di Lorong Kulit 10460, Penang, bersebelahan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Tempat ni buka seawal 8 pagi dan tutup dalam kol 2, hari Sabtu dan Ahad. Hari-hari biasa buka jugak tapi tak pasti pulak waktunya. Suasana pasar agak sesak, memang ramai sangat orang, lagi-lagi masa nak parking kereta, kena bersabar sketla. Pertama kali kami sampai ke sini, sebab mak saya nak cari barang tembaga 2nd hand. Orang kata boleh dapatkan dengan harga yang murah. Jenuh juga pusing satu pasar, makin lama hari makin panas, berpeluh-peluh weh. Dah lama berjalan baru tiba tempat di tuju, nak cari cetak bahulu bentuk ikan emas ngan cetak kuih bakar, jumpa jugak akhirnya. Lepas puas dok tawar menawar, dapatla dalam RM35 se. Maklumlah barang antik terpakai, dah berlapok. Balik tu basuh tembaga dengan asam jawa sebab tak da
brasso. Kilat la sikit, berbaloi sangatlah dengan harga yang kami dapat tu.






Friday, January 21, 2011

Eggless chocolate cake

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
2 cawan gula perang
3/4 cawan susu perisa coklat
3/4 cawan kopi panas
1 cawan air panas
2 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan minyak jagung
2 sudu kecil jus lemon

Cara penyediaan
1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan loyang beralas dgn kertas minyak.
2. Ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik serta soda bikarbonat di dlmnya. Kemudian masukkan gula dan garam. Kacau rata2.
3. Masukkan air kopi, susu perisa coklat, air panas dan esen vanilla. Kacau sebati
4. Masukkan pula minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
5. Akhir sekali, masukkan jus lemon. Terus kacau cepat2 hingga rata.
6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan.

recipe source: Dayangjack (terima kasih daun keladi ye)


Baru-baru ni saya cuba buat eggless chocolate cake.
Resipi dan bahan-bahan yang digunakan ringkas, tu yang nak cuba. Tapi, tak tau nak kata, bab-bab buat kek ni, memang saya kureng sket . Masa buat kek ni pun ada je yang rintangan. Dah nervous da, jadi ke tak kuih aku ni. Alhamdulillah walaupun tak se perfect yang diharapkan, tapi bedal ajee lar, adalah tu part yang terpesong dari sepatutnya; 9saya kurangkan sedikit gula), sebab nak makan dengan ice cream
vanilla , kat tengah2 kek tu plak saya sapu dengan chocolate sos, sapu nutella ke, apa2lah yang sesuai. umm sangat sedap! Tapi sangat menyumbang kepada kegemukkan.


Grilled Chicken

Grilled Chicken
Grilled chicken served with fried rice, mashed potato,..........sausage & mix vege..
Balik dari pasar terus perap ayam, sausage. Petang nanti boleh la ready masak untuk malam.
Bahan perap saya guna instant nyer; Pepper Lemongrass seasoning, produk keluaran Lembaga Lada Malaysia (MPB). Kemudian saya tambah sedikit oyster sos, kicap manis dan sedikit lagi black pepper. Lepas dah perap 6 jam bolehlah bakar pada suhu 220
°C selama 1 jam. Letak ayam atas beberapa hirisan lemon, untuk 45 minit pertama tutup permukaan atas ayam dengan aluminium foil. Sesekali sapu baki perapan pada ayam. 15 minit terakhir takyah gunakan foil lagi, masa ni bolehlah masukkan sausage dan mixed vegetables tu, gaul-gaulkan dengan gravy ayam. Da siap, kalau suka garing-garing, bakarlah lama sikit lagi.


Mashed potato
Rebus kentang serta lenyekkan. Gaul dengan sedikit butter. Letak sedikit fresh milk/susu cair dan sedikit garam.
Untuk menambahkan sedikit seri/ extra flavour, saya letak dried parsley, dried garlic chopped dan sedikit black pepper.Gaul rata kemudian bakar dalam 15 minit. Kalau guna microwave 5 minit je dah cukup.

Fried rice
Untuk nasi goreng, terpulanglah. Saya buat nasi goreng simple ala2 chinese style. Letak bawang merah, bawang putih, lada putih, mixed vege lagi (meriah dengan mix vege sebab pesan suami dia beli kampit besar giler, haishh), telur dan sedikit garam)

Thursday, January 13, 2011

Padang Besar . Perlis

Minggu lepas berkesempatan pergi ke Padang Besar, Perlis setelah 5 tahun kali terakhir pergi ke sana. Perjalanan dari Seberang Prai, Penang mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam setengah. Cuaca hari tu alhamdulillah, takda hujan, panas pun tak. Berhenti seketika kat pekan Changlun, tak banyak berubah cuma ada kedai-kedai baru sedikit bertambah, ada hotel baru lagi. Terus ke tempat dituju, lalu ladang tebu Chuping, ladang gula terbesar di Malaysia, indahnya permandangan. Pengalaman pertama suami ke sini, dia pun kagum. Keadaan jalan bertambah baik berbanding dulu, ada kemajuan. Port lokasi UPP pun dah berubah, tapi tak de la kena check boot kereta macam dulu, ikut nasib kot.
Kami
sampai di destinasi dalam pukul 12.30tgh. Alhamdulillah parking pun senang, orang blom ramai datang. Memandangkan dah tengahari, kena isi perut dulu. Macam biasa setiap kali ke sini makan tempat sama je, kali ni pun saya bawa ke gerai yang sama, Gerai Zarenah Bt Ali @ Ali Haiders. Niat nak try pulut ayam, tapi lain plak yang di order. Dah sampai kat sini tak sah la kalau tak order tomyam udang, adik kedai pulak rekemen siakap 3 rasa, yang lain tu kami tambah sikit-sikit amek daging merah, kailan ikan masin, kangkong belacan, telur dada ngan sotong goreng tepung.


Selepas habis melahap apa yang ada kat atas meja tu, barulah kami jalan-jalan cuci mata kat dalam kompleks padang besar tu. Tak banyak beza, barang-barang yang dijual sama macam dulu-dulu, harga je yang dah mahal sekarang ni. Baju, beg, kemeja tu berubah la ikut trend sekarang ni. Kerepek-kerepek semua same je.



Kat bahagian parking luar kompleks tu pun ada orang jual-jual. Tu snap gambar bila nampak asam jawa fresh ni, sebab ada orang tak penah tengok. Tapi saya tak la pandai plak makan hak ni. Nak bagitau sini, rupa-rupanya kat luaq bahagian parking ni lagi murah, murah seringgit. 3 bungkus  RM9 untuk bungkusan kerepek, beras pulut dll. kat dalam tu 3 bungkus RM10. Dushh....