Thursday, January 12, 2012

Ikan Pari Goreng Kunyit

Lamanya tak update blog ni. Apapun terima kasih kepada pengunjung setia yang selalu singgah ke sini. Kali ni nak share resipi ringkas untuk makan tengahari. Ikan pari goreng kunyit. Wow! Biasanya ikan pari ni sedap buat masak asam pedas, tapi balik-balik asam pedas je boring la. Apakata cuba goreng masak darat plak..

Bahan yang diperlukan
ikan pari(anggaran semangkuk hidang)
- dibuang kulit dan dipotong kepada beberapa bahagian kecil
- gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian salut dengan tepung jagung
- goreng hingga garing

5 tangkai kacang bendi dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1 inci halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris

1 sudu kecil biji sawi
3 tangkai cili kering dipotong serong
secubit serbuk kunyit
garam secukup rasa dan

Cara penyediaan
1. Goreng sedia ikan pari
2. Panaskan sedikit minyak, goreng kacang bendi sebentar, barulah masukkan bawang dan halia.
3. Kemudian masukkan biji sawi, cili kering dan serbuk kunyit
4. Rasakan dengan sedikit garam.
5. Akhir sekali, masukkan ikan pari yang telah digoreng dan gaul sekata.

No comments:

Post a Comment